Kehidupan kita dipenuhi dengan pelbagai dugaan, ada yang berat dan ada yang ringan, setiap dugaan itu mengingatkan kita tentang kehidupan sebenar, ada yang kurang ada yang lebih. Dugaan bukan kita yang minta mahupun dugaan itu datang dengan sendiri dalam kehidupan kita. Setiap manusia yang hidup di atas dunia ini mendapat dugaan yang tersendiri walaupun bukan kita yang minta tetapi dugaan itu mengajar kita supaya kita dapat bersabar selagi kita boleh bersabar untuk meneruskan hidup .
Kehidupan ada yang indah dan ada jugak yang tidak seberapa . Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada, tak boleh berlagak tak boleh menunding jari terhadap orang lain dan tkboleh merasa diri kita adalah yang sempurna, semua manusia tidak sempurna di atas dunia cipataan Allah S.W.T. Allah S.W.T menguji kita dengan bermacam macam, kita harus terima dengan seadanya selagi kita mampu berserah selagi kita mampu redha. Mungkin disetiap dugaan yang kita dapat ada hikmah disebaliknya. Kita tidak boleh melawan takdir kerana kita tidak kuat . Kita hanya mampu berdoa dan memerlukan kesabaran. Allah S.W.T sentiasa ada dengan kita. Sentiasa ingin mendengar doa dari hambanya yang begitu lemah .
Kehidupan mengajar kita erti pengorbanan erti hidup erti kehidupan sebenar, kita tidak boleh mengabaikan kedua ibu bapa kita kerana mereka mendidik kita dari kecil smpai kita dewasa, betapa banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita . Kita tidak sedar bahawa setiap insan yang bergelar ibu bapa sangat menyanyangi kita. Ada juga ibu bapa yang sering abaikan anak anak mereka. Bukan mereka yang mengabaikan kita, kita yang sering mengabaikan mereka kerana kita hanya tahu berseronok di atas dunia. Tidak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Mereka berpenat lelah sampai tidak tidur malam kerana mahu jadikan kita yang terbaik untuk mereka. Mereka inginkan kita berjaya menuju menara gading. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik supaya meraka gembira apabila kita hidup senang tidak macam mereka pada zaman dulu kala. Mereka dah lalui pelbagai dugaan . Kita tidak boleh membantah apa yang dikatakan oleh mereka. kita hanya boleh mendengar setiap perkataan yang dilemparkan oleh mereka.
Inilah kehidupan kita yang sebenar, dilimpahi pelbagai dugaan, percintaan . Semua orang pernah merasa apa itu cinta. Ada yang indah ada juga yang perit. Kita mesti lalui kehidupan kita dengan penuh kesabaran dan berfikiran matang. Selagi kita hidup kite teruskan hidup untuk orang yang tersayang.
ThankYou From Muhammad Fitri .