☠ Dunia Percintaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta ? Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana nak meluahkan kata-kata cinta. Tapi adakah anda tahu maksud disebalik cinta yang anda sedang lalui ? ataupun yang masih mencari ?

Cinta kadang-kadang itu indah, Kadang-kandang memang perit bagi insan yang hidup di atas dunia ciptaan Allah S.W.T . Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu adalah sempurna kalau tiada apa yang dikatakan maka cinta itu akan cacat mahupun sebaliknyaaa . Jika ada sifat tersebut maka terjadi lah cinta yang sebenar.

Cinta yang suci datang dari hati yang ikhlas, hati yang suci bukannyaa cinta berdasarkan rupa paras, harta kekayaan . Cinta yang macam tu pasti tidak akan kekal lama . Hanya Sekejap sahaja Allah akan tarik balik semua yang kita ada . Kekayaan dunia tidak menjamin lagi untuk kekayaan akhirat . Cinta kerana paras rupa sama lah macam syaitan bertopengkan manusia kerana cinta yang ingin mengaut keuntungan ataupun ingin mendapatkan kesenangan secara express. Cinta kerana hati insyaAllah kekal sampai syuga kerana cinta yang ikhlas datang dari hati dan memerlukan kesabaran yang sepenuhnya .

Cinta memerlukan pengorbanan kerana susah senang kita perlu bersama tidak kira betapa susahnyaa kita, sama-sama lah membincangkan masalah, bukan secara pergaduhan, meninggikan suara kerana itu adalah syaitan. Syaitan sering menghasut manusia untuk memikirkan perkara yang buruk dan boleh menyebabkan terjadinya pergelutan, Syaitan sering berbisik kepada kita disaat iman kita lemah disitulah mereka ingin mengambil kesempatan terhadap kita semua . Kita juga perlu redha pada perkara yang berlaku kerana bukan kita yang menentukan jodoh malah Allah S.W.T menentukan jodoh kita yang terbaik. Kita perlu hadapi semua itu dengan ketabahan . kekuatan dan sentiasa berdoa agar ditemukan jodoh yang terbaik.

Hamba Hamba Allah seringkali mengungkapkan perkataan 'Kalau dah jodoh tak kemana' selagi kita hidup, selagi kita boleh bernafas selagi itulah kita perlu berdoa agar mendapat jodoh yang terbaik. Jodoh yang terbaik datangnya dari Allah S.W.T kita sentiasa perlu ingat, sentiasa berwaspada . Semua orang tidak sempurna tapi kita yang akan menyempurnakan orang itu dan menjadikan sesorang itu yang terbaik dalam hidup kita sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

ThankYou From Muhammad Fitri